Jejarytouch News




10 February 2014

Satin biru habis digunting,
Sehelai sepinggang tiadalah jua,
Pengantin baru manis bersanding,
Bagai pinang dibelah dua.

Teruna berpeluh memuja bidadari,
Lama nian lekat di mata,
Pesona sungguh raja sehari,
Umpama berlian diikat permata.

Kembang Cina baru dipetik..
Sudah layu di telapak tangan..
Abang teruna rindu cik adik..
Madah merayu hendak bergandingan

Assalamualaikum wbt,

Salam Isnin semua dan diharap kalian semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Pada yang bekerja, selamat bekerja dan yang masih dalam mood holiday or pada pasangan pengantin baru yang merancang atau dah pun pergi honeymoon tu, kami doakan moga ceria-ceria selalu k.

Kami dari warga Jejarytouch ingin mengucapkan sekalung tahniah buat pasangan pengantin berikut yang telah melangsungkan hari bersejarah mereka pada hari Sabtu (08/02/2014) yg lepas. Pasangan yang diraikan adalah:

---> Aenna & Hairi
---> Edone & Hajar
---> Azmil & Isteri

Selain itu, sepuluh jari kami menyusun kemaafan kepada  pasangan2 pengantin yg mana kami tidak dapat memenuhi undangan kalian kerana kami ada undangan yang harus kami utamakan terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, Kami doakan moga mahligai yang dibina akan berkekalan hingga hujung nyawa. Amin.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

07 February 2014

Salam Jumaat semua,

Kami baru jer upload 2 lagi pic terbaru sirih junjung and hantaran bertemakan Gold-Putih. So uolss leh intai2 ke "Jejary Sirih Junjung" dan "Jejary Gold-Putih" ok.
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------


05 February 2014

Hi semua..1st skali syukur alhamdulillah kami panjatkan kpd Allah swt atas limpah rezeki sekali lg yg diberikan oleh-Nya.

Sebenarnya semalam kami baru dapat lg 1 tempahan dari pasangan pengantin yg mana date nikahnya pd awal March 2014. Ni bermakna kami ada lebih kurang 3 minggu utk siapkan semua tempahan tersebut.
Setakat semalam perbincangan telah pun diadakan dan tema hantaran serta jumlah hantaran telah pun kami ketahui. Buat masa ni pihak kami tidak boleh lg bg tau saper bakal pengantin nya. Insyaallah biler da siap nanti kami akan terus uploadkan hantaran serta dgn pengantin nyer skali k (haaa...gempak x ayat tu..artis ker org tu or selebriti ker..hahaha...tunggu k)

Lepas pd tu, ada 1 lg bakal pengantin (pengantin lelaki) yg mempercayai sentuhan Jejarytouch. Setakat ni pihak pengantin lelaki da confirmed dgn pihak kami untuk wat 5 dulang hantaran. Konsep dan tema belum lg diputuskan oleh pengantin. Apa pun, setelah settle tempahan yg kami ceritakan di atas, kami akan wat lak hantaran seterusmya.

Moga rezeki serta kepercayaan pelanggan akan terus bersama kami....amin.
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------
04 February 2014

Salam semua..ari ni da masuk bulan 2. Sure ada kt luar sana tu yg tgh bz dok setle kan itu ini disaat saat akhir menjelang hari perkahwinan uolss kan. Releks k..pesan sy list down balik bermula dr senarai jemputan tetamu, goodies2 x kisah la samada tuk tetamu VIP or tetamu biasa. klu wedding uolls tu akhir bulan ni, time mcm ni soal goodies sepatutnyer da settle, jemputan da settle, pelamin, catering, baju sanding dan khemah semua da setle. Kalau boleh sy sarankan bunga manggar da cucuk siap2. ada yg kata awal lg kan..tp trust me kdg2 benda yg remeh ni lah terlepas pandang. bilik pengantin mcm mana uolss? hope da setle gak k. Hantaran pon harap da ada yg siap..bkn apa, masa cpt berlalu. sedar x sedar nanti ada jer yg kelam kabut. Hantaran tu klu ada yg nak berbajet boleh sebnarnyer. x semestinya kena tempah. tp tips sy klu nk wat sendiri tu (pd yg x der pengalaman wat hantaran) sketch kan dulu mcm mana design hantaran uolss. pastu, list down kan apa nak beli..supaya x membazir and yg penting skali letakkan bajet. jgn over bajet dah.
Ok lah, sampai sini dulu tips yg dpt sy share..sampai jumper lg k.
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------

28 January 2014

Salam uolss...i baru jew update pic baru for pelamin nikah, mas kawin, sirih junjung dan bunga tangan. So sudi2 kan lah yer click kat page:

> Jejary Pelamin Nikah
> Jejary Mas Kahwin
> Jejary Sireh Junjung
> Jejary Bunga Tangan

Lagi 1, kat bawah ni adalah gubahan batal air sembahyang, cek dan mas kawin (gelang tangan) untuk pasangan Mohd Faiz dan Aimy Aqilah.





chill... :)


 ------------------------------------------------------------------------------------------------------


27 Januari 2014

Ada lg 1 yg sy nak share kat sini. sejak sekian lama x update kat sini, so nak inform uolss semua yg Jejarytouch penah gak wat decoration pelamin aqiqah, decoration bilik pengantin and decoration mini pelamin nikah.

Asalnya suka2 jer wat pelamin aqiqah tu tuk anak buah and bilik pengantin tu pun sajer jer wat atas permintaan customer..mula2 tu mmg x nak amik tempahan wat bilik pengantin tu. maklumla mmg x penah wat kot, kang x jd bilik pengantin jd sarang tikus lak...hahaha...tp bila da siap tetiber terpikir..urrmmm..ok gak ni..hehe..3

So sudi2 kanlah uolss jenguk kat "Jejary Pelamin Aqiqah" and "Jejary Bilik Pengantin" ya.
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------

27 Januari 2014

Ok, kat bawah ni sy uploadkan Bakul Hiasan bertemakan pink and purple. Actually bakul ni bukanlah bakul hantaran tp bakul ni tuk letak gift yg uols nak bg kat tetamu yg datang. Tp klu nak di jadikan bakul hantaran pon boleh jew :)













 ------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salam semua,

Dah lama sgt rasanya x update kt sini. sebenarnya jejarytouch da create official FB nyer sendiri, so uolss semua leh r search kt FB tu dgn type: jejarytouch and leh tgk semua album2 kat situ. and klu leh LIKE r skali yer..hehe

sebenarnya klu tgk kt blog ni, last update pon tahun 2011. Now da 2014. maknanyer da hampir 3 tahun sy x update kat sini. tp x per, sy akn cuba aktive kan kembali blog ni dan juga official FB Jejarytouch.

Memang byk sgt tempahan dan pic2 yg bakal di uploadkan nanti. bayangkan since 2011 till now, urrmmm...byk kan pic nak di upload..walaupun x der kakitangan yg membantu tuk update, tp insyaallah sy cuba k. sy perlukan sokongan kalian utk Jejarytouch terus maju.

wsalam...
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------

Date: 03 May 2011

Syukur alhamdulillah, selesai sudah menyiapkan 4 gubahan hantaran (terkois-silver) untuk majlis perkahwinan Saudara Paul Rizal Baird dan  saudari Farah Suhanah Tan Sri Ahmad Sarji yang telah diadakan pada 01 May 2011.

Terimakasih kepada ibu saya yg dikasihi kerana membantu menyiapkan gubahan bunga telur sebanyak 200 tangkai (menggunakan bunga celup).

Kini ada lagi tempahan dari dua pihak yg perlu disiapkan. 1 tempahan (hitam-silver) majlis kawin nyer 28 May 2011 (orang perak) dan 1 lagi mixetured of green (orang melaka) majlis kawin awal bulan June 2011. Nanti da siap sy publishkan nama dan gambar pengantin k. sokongan anda amat dihargai dan amt dialu2kan...mwahhhhhh.
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------

Date: 11 May 2011

Hantaran untuk majlis adik kakak ipar yg bertemakan hitam-gray-silver. Majlis pada 29 May 2011.

Selain itu, hantaran bertemakan mixture of green tempahan daripada Saudara Mohd Razi untuk sepupunya. Majlis maybe pada awal June 2011.

Alhamdulillah, kedua dua tempahan tersebut telah pun disiapkan. Hanya menanti tuan empunya tempahan dtg mengambil.